Durian oh durian!

Raja buah ini dikenali nama saintifik ‘Durio zibethinus‘ sejenis buah tropika sangat popular di Asia khusunya Asia Tenggara, Malaysia Thailand , Indonesia.

Apa boleh buat dengan durian selain makan begitu sahaja? Sebenarnya banyak resepi berasaskan durian di luar sana jika kita rajin mencari.

Yang biasa kita buat sudah tentu pulut durian, lempok, serawa dan bubur durian.

As time goes by, nampaknya makin menjadi-jadi inovasi melibatkan durian. Misalnya muffin durian, creampuff durian, kek keju durian bakar,kuih bakar durian, seri muka durian dan durian crepe!

Dalam banyak-banyak variasi, cuba teka yang mana paling disukai ramai? Ramai yang setuju durian crepe. Siapakah yang bijak -pandai reka resepi ini sebabnya ramai tertanya-tanya.

Tak pasti sejak bila, khabar angin mengatakan durian crepe sudah wujud sekian lama dan diminati di negara Malaysia, Thailand, Indonesia termasuklah Singapura.

Agak-agak ada ke yang belum kenal atau tak pernah rasa durian crepe. Kalau ada anda patut cuba. Serius! Maveles rasanya!

Durian crepe boleh dikategorikan snek yang hampir menyamai lempeng. Pembalutnya dinamakan crepe seakan dadar diperbuat dari bahan asas antaranya tepung, telur dan susu segar.

Memandangkan sekarang musim ‘raja buah’, jom kita buat durian crepe yang sedap lagi berkrim seperti dalam video di bawah.

Bahan-bahan Durian Crepe:

  • 4 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung ubi
  • 1 sb tepung kastard
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sk minyak masak
  • 40 ml susu segar
  • 150 ml air
  • 1 sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Masukkan gula, telur, minyak, susu segar, air, esen vanila dan juga pewarna ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul.
  4. Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan dan ratakan.
  5. Biarkan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian terus angkat. (tak perlu diterbalikkan)

Bahan-Bahan Inti Durian:

  • 200ml Susu Segar
  • 1 Tbsp Gula
  • 1 Tbsp Tepung Kastard
  • 100gm Isi Durian
  • 100ml Krim Putar Bukan Tenusu

Cara-cara:

  1. Kacau susu segar bersama gula dan tepung kastard di dalam periuk sehingga tepung hancur.
  2. Letakkan periuk tadi di atas dapur. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan isi durian dan kacau sebentar sehingga sebati. Angkat dan ketepikan.
  4. Pukul whipping cream sehingga kental.

Cara Lipat Durian Crepe:

  1. Ambil 1 kulit (crepe). Pastikan bahagian bawah adalah permukaan yang licin.
  2. Letak whipping cream ditengahnya. (Lebih senang guna piping bag)
  3. Letakkan sedikit inti durian di atas whipping cream.
  4. Pipekan lagi whipping cream untuk menutupi inti durian tadi.
  5. Lipatkan kulitnya berbentuk segi empat. Tarik sedikit kulit supaya durian crepe menjadi cantik dan kemas.

Nota:

  • Pastikan whipping cream dipukul semasa sejuk supaya lebih senang untuk jadi kental.

Kredit: Durian Crepe by BOL